Friday, December 24, 2010

The Wonders !

Ahli The Wonders !

Shasha

Biodata
Nama Penuh : Putry Ifa Adlisha bte Tan Sri Mohd Zaffri
Umur : 17 tahun
Sekolah : Sekolah Bandar Alamanda
Kelas : 5 Awesome
Perwatakan : Bertanggungjawab dan tegas

Ketua ‘The Wonders !’ yang berusia 17 tahun ini seorang yang up-to-date dalam berfesyen. Malah, dengan adanya ahli-ahli ‘The Wonders !’ yang begitu pakar fesyen, Shasha begitu beruntung mendapat nasihat berkaitan. Sejak penubuhan ‘WannaGirls’, ‘The Wonders !’ berasa tercabar. Sehingga kini, ‘WannaGirls’ menjadi musuh utama dan pesaing ‘The Wonders !’. Seringkali bersama ahli ‘The Wonders !’ di Alamanda Petal. Shasha meminati Shafiy dari Sekolah Taman Siber dan menolak cinta Tengku Shazzul, jejaka paling diingini di Sekolah Bandar Alamanda. Walaupun seorang yang manja dan gedik, Shasha akan lebih mengutamakan ‘The Wonders !’ selain keluarganya. Shasha ialah cucu kepada Datin Nafizah, pengasas ‘The Wonders !’.

Fifi

Biodata
Nama Penuh : Fifi Annisa bte Dato’ Ramli
Umur : 17 tahun
Sekolah : Sekolah Bandar Alamanda
Kelas : 5 Awesome
Perwatakan : Sedikit kasar dan bersungguh-sungguh

Ahli kedua ’The Wonders !’ merangkap sahabat sehidup semati Shasha. Fifi dan Shasha dianggap pelajar paling berkuasa di Sekolah Bandar Alamanda. Ketika Fifi di Tingkatan Satu, dia begitu dikenali dengan sikapnya yang sedikit kasar walaupun merupakan ahli ’The Wonders !’ yang terkenal dengan kelembutan dan kegedikan terlampau. Fifi begitu meminati teman lelaki Fasha, musuh ketatnya, iaitu Shanif dan berusaha untuk berubah menjadi gadis sopan-santun demi memikat Shanif. Fifi juga cucu kepada pengasa ’The Wonders !’, Datin Syahirah.

Linda

Biodata
Nama Penuh : Elinda Sabrina bte Ali
Umur : 17 tahun
Sekolah : Sekolah Bandar Alamanda
Kelas : 5 Bliss
Perwatakan : Berani, setia dan jujur

Ahli ketiga ’The Wonders !’ yang berani berambut pendek walaupun gaya rambut tersebut dianggap seperti kaum Adam. ’The Wonders !’ cuba meyakinkan Linda malah dengan pujian daripada Syamim, jejaka idaman Linda yang akan memastikan tiada sesiapa yang akan mengejeknya, membuatkan Linda lebih yakin. Linda adalah ahli ’The Wonders !’ yang paling mahir dalam bab-bab solekan. Sikapnya yang jujur dan setia disenangi ahli ’The Wonders !’ yang lain namun dialah ahli yang paling kuat bergosip. Ketika Biella, ahli lama ’The Wonders !’ menarik diri, Linda telah menghadiri ujibakat mencari pengganti Biella dan berjaya menjadi ahli ’The Wonders !’ ketika di Tingkatan Dua. Linda ialah pelajar biasa pertama yang menjadi ahli ’The Wonders !’, sebelum kemasukan ahli ’The Wonders !’ yang lain iaitu Nina, Ily dan Zaryn.

Nina

Biodata
Nama Penuh : Nurul Hanina Sofea bte Hisham
Umur : 17 tahun
Sekolah : Sekolah Bandar Alamanda
Kelas : 5 Charisma
Perwatakan : Kuat cemburu dan suka merajuk

Anak tunggal pasangan peguam ini begitu dibenci ramai pelajar Sekolah Bandar Alamanda. Nina, ahli keempat ’The Wonders !’ yang bersikap suka metajuk dan kuat cemburu, pernah cuba untuk meninggalkan kumpulan terhebat itu gara-gara Shasha yang tidak menunaikan permintaannya iaitu tiga tiket penerbangan ke Pulau Bali. Penarikan diri Nina dihalang Shasha dan Fifi yang memerlukan seorang penasihat aksesori yang mana Nina sering menampilkan aksesori terbaru.

Ily

Biodata
Nama Penuh : Amanda Nur Ilyanie bte Zaid
Umur : 17 tahun
Sekolah : Sekolah Bandar Alamanda
Kelas : 5 Charisma
Perwatakan : Sering melayani peminat-peminatnya dengan baik

Ily, ahli kelima ’The Wonders !’ sering mengikuti perkembangan trend rambut terkini dan akan membantu ’The Wonders !’ menggayakan rambut mereka. Di antara ahli-ahli lain ’The Wonders !’, Ilylah ahli yang paling diminati ramai sehingga ’Cikgu Shazalie miang sejak azali’ juga terpikat dengan keayuan wajahnya. Ily ialah anak kepada juruterbang terkenal, Zaid bin Roslan yang berdarah campuran Melayu dan Belanda manakala ibunya  pengusaha butik yang berjaya berdarah campuran Cina dan Thai.

Zaryn

Biodata
Nama Penuh : Zaryn Zaiyla bte Zahari
Umur : 17 tahun
Sekolah : Sekolah Bandar Alamanda
Kelas : 5 Bliss
Perwatakan : Selalu berfantasi, bijak dan bersopan-santun

Ahli terakhir ’The Wonders !’ yang satu-satunya bertudung dan masih mengekalkan ciri-ciri Islam dalam berpakaian, lebih gemar bersederhana tidak seperti ahli ’The Wonders !’ yang lain. Zaryn juga begitu pakar memilih pakaian yang sesuai bagi ’The Wonders !’. Zaryn diterima masuk kerana sering menyelamatkan ’The Wonders !’ daripada dikenakan ’WannaGirls’. Peminat siri Harry Potter ini sering berfantasi di samping menulis buku-buku kisah ajaib. Ayah dan ibu Zaryn diculik semasa penganugerahan gelaran Dato’ kepada ayahnya.
Kini, dia tinggal bersama datuk dan nenek sebelah ibunya. Zaryn mewarisi Pink Mansion yang menjadi peninggalan berharga keluarga bapanya.